Siapa kata orang Kuala Berang tidak mampu. Tahun 2006 telah disahut dengan semangat Kuala Berang BOLEH dengan kekuatan 58 orang, mewakili penduduk Kuala Berang kumpulan ini telah berjaya menawan puncank tertinggi Asia Tenggara iaitu 4,095.2 meter. Pendakian yang bermula pada 12 September 2006 diketuai oleh YBM Datuk Tengku Putera Tengku Awang Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Turut menyertai pendakian ini ialah YB Rozi Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telemong.
Berkat doa disamping usaha gigih dari kumpulan pendaki ini, pendakian yang mengambil masa lebih kurang 4-8 jam telah tiba ke Laban Rata pada hari tersebut. Pendakian ke puncak diteruskan pada kira2 jam 3 pagi 13 September 2006. Walau pun pada awalnya sedikit rintangan cuaca terpaksa dihadapi oleh para pendaki namun dengan cekal dan semangat Malaysia Boleh memberi kejayaan kepada para pendaki.
Para pendaki telah tiba ke puncak Lows Peak seawal jam 4.30 pagi dan sempat bersembahyang subuh di puncak. Di puncak, keindahan pagi dapat dinikmati dengan laungan Allahu Akbar beberapa kali oleh para pendaki. Sesungguhnya ciptaan Allah s.w.t tidak tergambar dengan kecerdikan akal manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan