Social Icons

Pages

Featured Posts

Selasa, 11 Januari 2011

Kuala Berang Bandar Bersejarah

Salam 2 all,

Agak menarik posting saya kali ini, selepas sekian lama tidak update kini dengan satu entry yang menarik sikit. Saya terpanggil untuk menulis tentang bandar Kuala Berang yang terletak di Daerah Hulu Terengganu. Sebagaimana yang diketahui Kuala Berang suatu ketika dahulu terkenal dengan nama Foloan yang menurut sejarah dalam entri saya terdahlu amat terkenal. Begitu juga Kuala Berang juga adalah tempat Pertabalan Sultan Pertama di Tabalkan pada tahun 1708. Kuala Berang juga tempat bermula perkembagan islam dengan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh. Tasik kenyir yang merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara. 

Sabtu, 8 November 2008

Menawan Puncak Kinabalu



Siapa kata orang Kuala Berang tidak mampu. Tahun 2006 telah disahut dengan semangat Kuala Berang BOLEH dengan kekuatan 58 orang, mewakili penduduk Kuala Berang kumpulan ini telah berjaya menawan puncank tertinggi Asia Tenggara iaitu 4,095.2 meter. Pendakian yang bermula pada 12 September 2006 diketuai oleh YBM Datuk Tengku Putera Tengku Awang Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Turut menyertai pendakian ini ialah YB Rozi Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telemong.

Isnin, 3 November 2008

Batu Bersurat


Pada Tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, ditepi Sungai Tara, di kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya.

Kesultanan Terengganu Pertama

Sultan Zainal Abidin 1 adalah putera Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor. Baginda telah dilantik sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu pada tahun 1708 Masihi. Menurut catatan, beliau telah dilantik sebagai Sultan Terengganu oleh Nang Chayang, Raja Pattani. Manakala menurut Tuhfatul Nafis baginda telah ditabalkan oleh Daeng Menambun setelah mendapat perintah dari Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor. Pusat pemerintahan baginda ialah di Tanjung Baru. Sebelum berpindah ke Kampung Langgar kemudian ke Kampung Pulau Manis dan Chabang Tiga.

Sejarah

Kuala Berang dipercayai merupakan petempatan manusia terawal di Terengganu. Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar Tasik Kenyir. Sebelum kawasan itu ditenggelami air, kita dapat melihat kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu. Penemuan Batu Bersurat telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke Tanah Melayu. Dipercayai juga sebuah pelabuhan telah wujud di Kuala Berang. Pada zaman itu, dikatakan bahawa Sungai Terengganu airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hinggalah ke Kuala Berang. Pedagang ini dikatakan telah ramai mengislamkan penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama Buddha. Dari situ, Islam telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat.

LinkWithin